Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kelewatan penerbangan AirAsia sudah berlaku sejak penghujung April, dan masih berlarutan hingga kini.<br /><br />Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau mengambil maklum rungutan, aduan dan keluhan disuarakan pengguna berhubung kelewatan penerbangan syarikat tambang murah itu, membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.